Pengguna
  • 7.5
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
Full 5.6662007-09-19
Muat turun bulan lepas:
6,873,971
Saiz:
11.86 MB
Pembangun:

Pemain media dan audio serba boleh juga sangat popular

Winamp dilahirkan sebagai pemain media yang sangat asas dan dipertingkatkan secara perlahan tapi konsisten sejak beberapa tahun. Tujuan utamanya ialah agar dapat disesuaikan sepenuhnya dan setelah beberapa tahun, ramai yang telah menyumbang kepada pustaka yang kini mengandungi lebih 20,000 kulit dan sejumlah plug-in.

Bila Winamp versi 5 dilancarkan, Nullsoft menebus maruahnya di mata umum selepas mengeluarkan pemain yang banyak dipertingkatkan untuk menggantikan Winamp 3. Mereka tidak perlukan banyak dorongan sewaktu mereka mewajarkan versi nombor 4 dilangkahi dengan mengatakan ianya peningkatan yang sangat besar dan wajar dipanggil 5!

Nasib baik pandangan mereka dipersetujui, kerana Winamp menawarkan semua yang anda idamkan pada sebuah pemain media. Menggunakan kulit, anda boleh menatakannya seperti asal atau default semasa yang kelihatan hebat dan meletakkan anda dalam kawalan terhadap semua media dengan pantas dan mudah. Saya begitu menyukai pemain Winamp yang dikecilkan yang mengandungi satu bar kecil membolehkan anda meletakkannya di pinggir skrin. Tentu sekali, jika keduanya tidak memenuhi citarasa anda boleh memuat turun ribuan kulit lain yang terdapat di laman web Winamp.

Winamp menyokong sejumlah besar format fail, dan kerana program ini kecil dan ringkas, ianya berjalan laju pada hampir semua komputer. Singgahlah menjenguk plug-in yang tersedia dan anda bakal dapati bahawa anda boleh sambungkannya pada iPod dan uruskan pustaka muziknya. Winamp mungkin sudah lama wujud, namun ia tak pernah tersisih dan ia adalah pemain muzik berciri penuh yang boleh disesuaikan. Alternatif yang baik kepada iTunes.

Bagus
  • Boleh disesuaikan sepenuhnya
  • Pemasangan yang kecil
  • Larian pantas
Tidak bagus
  • Tidak menyokong MOV
  • Rip hanya pada versi penuh

Muat turun: Paling Banyak MP3 & pelbagai format

  1. Winamp

    Pemain media dan audio serba boleh juga sangat popular

  2. AIMP
  3. iTunes
  4. Free Studio
  5. JetAudio